Sunday, 8 January 2012
16 Ramadan 2011~Telah tamat tempoh 'PINJAMAN' nyawanya...
Inna liLlahi wa inna ilaihi raajiun...
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali...
Allahu Rabbi.. Hanya Dia saje yg tahu bagaimana perasaan anak-anak, cucu-cucu(termasuk aku) dan saudara-mara Allahyarhamah Maimun bt. Jusoh tatkala menerima berita kematiannya sejurus selepas azan Asar.. Perginya tidak akan kembali lagi.. Arwah tok meninggal di rumahnya di Belada, Kuala Terengganu.. Arwah memang berada di tahap kritikal 2 hari sebelum dia meninggal.. Semalaman arwah di tahan di icu/ccu di HSNZ sebelum doktor menyuruh kami membawanya pulang disebabkan keadaannya yg memang x boleh dipulihkan.. Doktor sendiri sudah berpesan kepada umi supaya bersiap-sedia untuk ape2 je kemungkinan yg akan berlaku.. Tapi kami x sangke yg arwah akan pergi meninggalkan kami secepat ini.. Arwah menderita sakit buah pinggang, jantung, paru-paru berair, ketumbuhan belakang telinga dan kencing manis.. Semua penyakit ni baru saje dihidapinya..
Waktu awal2 arwah mula sakit, dia memang nak tinggal dekat rumah keluarga aku as umi anak keduanya.. Kami x kisah pun.. Malah arwah pernah menyatakan yg kalau boleh kalau meninggal pun nak meninggal dekat rumah kami ni.. Setiap detik menjaganya penuh dengan dugaan, gelak tawa dan sakit hati.. Jangan salah faham.. Kami akan jadi sakit hati bila ape yg sepatutnya arwah x boleh makan dan minum sesuatu tu, arwah berkeras inginkannya jugak.. Dan lebih parah bila kami pun berkeras x benarkannya.. At last, kami naik geram lah..hhmmm..memang banyak lah kenangan bersama arwah.. Mana tak nyer, arwah tinggal dengan kami lebih kurang 3 bulan.. Sebenarnya, arwah jadi x boleh berfikir dengan betul(tiba2 je boleh tengking orang) disebabkan ketumbuhan di belakang telinganya tu yg dah merebak sampai ke bahagian otak.. Jadi, kami pun x boleh nak salahkan arwah sangat atas sikapnya tu..
Berbalik pada hari arwah meninggal, keluarga aku agak terkilan sebabnya hanya keluarga kami yg tiada disisi arwah saat arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir.. Yg paling terkilan umi.. Kakak ngan 2 orang adiknya berada disisi arwah.. Tambah pula, umi sendiri x berapa sihat.. Kakinya buat hal sikit.. Mase dekat rumah kesedihan tidak terlalu dirasakan.. Tapi disaat kami sekeluarga sampai di rumah tok.. Apabila menjejak masuk ke dalam rumah tu.. Ternampak sekujur badan yg kaku dan diselimuti kain batik, selimut dan kain putih.. Rasa sebak itu tanpa diminta ia terus menyerbu ke dalam sanubari kami.. Perasaan itu lebih memilukan apabila aku melihat keluarga mak long(kakak umi) sedang menangis sambil memegang surah Yaasin.. Umi yg mulanya masih belum mengeluarkan air mata namun air matanya terus keluar bercurahan tatkala umi membuka kain yg menutupi wajah arwah lalu mengucup dahinya.. Aku tahu.. Pasti ketika itu umi sangat terasa kehilangan kerana perginya arwah tok menjadikan umi dan adik-beradiknya sebagai anak yatim piatu.. Aku dan kakngah jugak menangis ketika mencium dahi arwah yg terasa sejuk itu.. Lepas tu aku terus mengambil surah Yaasin tk dibace dan disedekahkan kepada arwah..
Jenazah tok dimandikan lebih kurang pd jam 11.00 malam.. Aku turut serta membantu melancarkan proses tu.. Proses mengkafankan jenazah merupakan saat yg paling x dapat aku lupakan.. Kerana ini kali pertama aku sendiri membantu mengkafankan jenazah tok.. Pada saat itu, terdetik dalam hatiku.."bagaimanalah keadaan aku nanti..ya Allah..."
Sebelum jenazah tok dikafankan sepenuhnya, mak cik yg tolong mengkafankan tu memberi peluang kepada kami semua untuk menatap dan mencium pipi dan dahi jenazah.. Inilah detik yg sangat meruntun jiwa aku.. Semua anak2 dan cucu2 arwah menangis.. Paling aku x tahan, bila melihat ayah cik iaitu anak ke-3 tok.. Anak yg sangat soleh dan ketika ayah cik menjaganya selama lebih krang 1 bulan, anaknya menceritakan padaku bahawa arwah kadang2 tidur disamping ayah cik dan ayah cik selalu mengaji di telinga arwah.. Buat pertama kali kami semua termasuk keluarga ayah cik sendiri melihat ayah cik sebak sebegitu.. Sebelum jenazah tok dimasukkan ke dalam keranda, ayah cik yg tolong bacakan doa.. Sayu yg teramat bacaan doa ayah cik.. Allahu Rabbi..
Jannatul Iman, salah seorang anak ayah cik.. Dia megejutkan kami semua bila selepas dia mencium jenazah tok, dia meraung dan menangis teresak-esak.. Memang kami semua sedih dgn pemergian arwah namun siapalah kami nak melawan takdir Yang Maha Kuasa.. Kita semua hanyalah hamba-Nya..
Akhirnya, lebih kurang jam 12.30 tengah malam.. Jenazah tok dibawa ke tanah perkuburan berdekatan dengan surau rumah untuk dikebumikan.. Kami semua pulang ke rumah lebih kurang pd jam 3.00 pagi..
Hari yg menyedihkan, menginsafkan dan memenatkan.. AlhamduliLlah.. Semua urusan menguruskan jenazah berjalan dengan lancar..
Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh Allahyarhamah Maimun bt. Jusoh.. Semoga digolongkan bersama golongan orang-orang yg beriman...amin..
Ayuh sahabat, sama-samalah kita hayati lagu ini...
Mungkinkah esok kita pula yg akan dijemput oleh pemilik jiwa kita ini...??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment